Seorang pakar dalam bidang ekonomi telah dijemput bagi memberikan suatu ceramah tentang ekonomi kepada sekumpulan pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Ekonomi.
Teks Sumber
Pasaran Bebas adalah
ekonomi pasaran yang berasakan permintaan dan penawaran dengan sedikit atau
tiada kawalan kerajaan. Pasaran bebas
sepenuhnya adalah bentuk pasaran yang sempurna dimana pembeli dan penjual
berinteraksi secara bebas ( jual, beli, berdagang) berdasarkan perjanjian
diantara satu sama lain tanpa campurtangan kerajaan dalam bentuk percukaian,
subsidi atau sebarang peraturan.
Dalam
pasaran kewangan pula, stok pasaran bebas adalah sekuriti yang didagangkan
secara luas dan harganya tidak dipengaruhi oleh penawaran.
Dalam pasaran
pertukaran asing pula, kadar tukaran tidak ditambat oleh kerajaan dan dengan
itu perubahan harga adalah berdasarkan penawaran dan permintaan untuk sesuatu
matawang.
Dalam lain perkataan,
pasaran bebas adalah terma yang merumuskan pelbagai pertukaran yang
mengambiltempat dalam masyarakat. Setiap pertukaran
adalah perjanjian diantara dua atau lebih pihak secara sukarela yang berdagang
dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Dalam realiti, ini
adalah sejauhmana pasaran bebas boleh wujud kerana akan sentiasa ada
campurtangan oleh kerajaan dalam bentuk percukaian, kawalan harga, dan larangan
yang menghindari pesaing baru daripada memasuki pasaran. Seperti juga ekonomi
belah pemborong, pasaran bebas adalah terma yang digunakan untuk mengambarkan
politik atau ideologi pandangan terhadap polisi dan bukanlah suatu bidang
didalam ekonomi.
Dalam teori Marxis,
idea pasaran bebas adalah hasil transisi feudalisme kepada kapitalisme. Walaubagaimana
pun pandangan terhadap kewujudannya samada melalui implementasi (kerajaan) atau
semulajadi tidak semestinya berkait dengan pendirian pro-pasaran mahupun
anti-pasaran. Libertarian
cenderung untuk mempertikaikan bahawa pasaran bebas terhasil implikasi daripada
campurtangan polisi kerajaan, memandangkan mereka percaya bahawa ia adalah
aturan spontan dan Marxis pula bersetuju dengan mereka kerana mereka juga
percaya bahawa ia adalah hasil daripada evolusi (walaupun dengan matlamat
berbeza).
Sokongan supaya
pasaran bebas dijadikan penentu asas masyarakat merupakan fahaman asas
liberalisme, khususnya pada abad ke-19. Di Eropah terma
liberalisme masih membawa konotasi idelogi pasaran bebas, namun di Amerika dan
Kanada konotasinya adalah dikaitkan dengan campurtangan kerajaan dan
pengunaannya adalah disamaertikan dengan Kapitalisme. Di Eropah terma
pasaran bebas masih difahami sebagai terma yang neutral. Liberalisme moden
(pemakaian Amerika dan Kanada), dan demokrasi sosial Eropah, hanya berusaha
untuk mengurangkan apa yang dilihat sebagai permasalahan yang diwujudkan oleh
pasaran bebas yang tidak terkawal.
Bagi kebanyakan
libertarian, masih belum ada lagi pasaran bebas yang sempurna, memandangkan
campur tangan masih wujud dalam negara-negara yang paling kapitalis sekalipun. Pada
pandangan mereka, pihak-pihak yang mengaku mengamalkan pasaran bebas sebenarnya
mendakwa secara relatif dan bukanya secara mutlak. Ini bererti mereka
mahukan ¨paksaan¨ (definisi libertarian) dihadkan seminima mungkin untuk
memaksimumkan kebebasan ekonomi dan keberkesanan pasaran dengan mengurangkan
halangan perdagangan.
No comments:
Post a Comment